Mar 9, 2010

Berhati-hati di jalan raya

Cuti perayaan raya cina yang lepas berlaku sesuatu yang mengejutkan.

Yeop dan haslin eksiden semasa balik dari ipoh. Memenag mengejutkan bila yeop call bagitau eksiden ... kereta langgar motosikal.

Yeop cerita... motosikal yang dibonceng oleh seorang mat indonesia tetiba melintas jalan... yeop tak sempat brek dan melanggar mamat tu...

mamat indon tu masuk dalam kereta gen2 yang yeop bawa sampai keluar kat cermin belakang...

Alhamdulillah yeop dan haslin tak ada apa-apa kecederaan... kalau tengok kereta memang agak menakutkan...

Ya Allah... selamatkanlah keluarga kami dari segala malapetaka... Amin


mat indon tu masuk kot cermin depan tu... tembus kat cermin belakang... alhamdulillah... panjang lagi umur mat indon tu... tapi kepalanya penuh darah ler...

Jan 24, 2010

Adam @ Hospital

Jumaat, 22 jan 2009 Adam Fahmi dimasukkan ke wad 3c, hospital Teluk Intan. Menurut doktor ada jangkitan. mungkin ambil masa seminggu untuk masukkan antibiotik setiap 6jam selama 7 hari.

Harap semua family dapat Doakan semoga adam fahmi cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa.

Nov 16, 2009

ADAM FAHMI BIN MUHAMMAD FADZLI

10 November 2009 @ 22 Zulkaedah 1430 Hjijrah

Alhamdulillah... cucu ke 5 tahun nie selamat dilahirkan pada 10.11.2009. Selepas aa, aa, adila & Faris.

Adam Fahmi Bin Muhammad Fadzli selamat dilahirkan pada jam 1.27am dengan berat 3.3 kg.

Semoga adam fahmi dan mama sihat sejahtera. Amin

* kak Long & Kak Ngah seronok sangat dapat baby...


10.11.2009


11.11.2009

12.11.2009
14.11.2009

Nama : Adam Fahmi Bin Muhammad Fadzli
Tarikh lahir : 10 November 2009
Tempat lahir : Pusat Pakar Bersalin Tan
Masa kelahiran : 1.27 Pg
IC : 091110-08-xxxx

Oct 19, 2009

Rayer Theme... 1430 Hijrah (2009)


Inilah wajah-wajah ceria semasa aidilfitri tahun nie... cuma kurang seronok skit sebab tak dapat nak penuhkan gambar nie dengan semua keluarga. Family kakak linda dan family abang nasrul takder... sebab rayer kat Penang.

Oct 6, 2009

Selamat Hari Lahir Oktober - disember

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Selamat menyambut hari lahir yang ke ... buat semua ahli keluarga kami. Semoga akan bertambah rezeki yang diberkati Ilahi buat semua... Jangan lupa pada Yang Maha Esa... Banyakkan amal ibadat... Insya-Allah Hidup kita akan diberkati.


Oktober - Disember
Azam (Pak Lang) 04.10.1979 ... 30 tahun
Linda (Mak Ngah) 07.10.1980 ... 29 tahun
Kakak Linda (Mak Long) 24.10.1974 ... 35 tahun
Farouq (Pak Long) 03.11.1979 ... 30 tahun
Afdzal (Pak Su) 07.11.1993 ... 16 tahun
Nora (auntie) 23.11.1982 ... 27 tahun
Norain 28.11.2004 ... 5 tahun
Irfan 31.12.2006 ... 3 tahun

* insya-Allah... bulan sebelas ada ahli baru dalam keluarga kita...

Sep 11, 2009

Sep 4, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dapatkan Kad Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua kaum keluarga... semoga hubungan kekeluargaan kita semakin erat dan kukuh. Berikan keampunan kepada seluruh keluarga dan kekalkan kebahagiaan jalinan kekeluargaan kita. Amin

Aug 26, 2009

Massage Ramadhan

Nak start Ramadhan pelbagai meseg dari ahli keluarga masuk kat handphone :

Nie antara msg yang diterima

Haslinza : Ramadhan karem muncul kembali... mudah-mudahan hari kedatangannya ini akan dipenuhi dengan amal ibadat yang manfaat sebagai bekalan bertemu Nya. siapa tahu ramadhan ini adalah yang terakhir untuk kita didunia... Selamat berpuasa dan selamat berpesta amal ibadat.

Yeop : Selamat berpuasa...

Aton : Selamat menyambut bulan posa esok hari dari kami sekeluarga

Kakak : Selamat berpuasa... mohon maaf dari kami sekeluarga

Munirah : AHAD cari ISNIN nak tanya nampak tak SELASA agar ingatkan RABU bagitau KHAMIS supaya tak lupa mesej kat JUMAAT yang SABTU dah Puasa... Selamat Menyambut bulan Ramadhan...

Yang : Selamat berposer...

* Nak rayer nanti tunggu ler msg rayer yang bertimbun-timbun dari sanak-saudara dan kengkawan. Masalahnya... msg tu nak gantung ket maner yer???

* Dulu kad raya boleh gantung... MSG???

Jul 23, 2009

Haslinza ke Politeknik Shah Alam

Alhamdulillah...

Dengan izin-Nya, Haslin akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Haslin ditawarkan Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perubatan) selama tiga tahun.

Semoga Haslin gunakan peluang yang diberikan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan Usaha hingga berjaya. Insya-Allah seluruh keluarga akan mendoakan kejayaan Haslin...

Jul 10, 2009

Selamat Hari Lahir Julai to Sept

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Selamat menyambut hari lahir yang ke ... buat semua ahli keluarga kami. Semoga akan bertambah rezeki yang diberkati Ilahi buat semua... Jangan lupa pada Yang Maha Esa... Banyakkan amal ibadat... Insya-Allah Hidup kita akan diberkati.

Julai - September

Nabila 03.07.2005
Balqis 05.07.2003
Fadzli (Pak Ngah) 23.07.1979
Iqbal 16.08.2001
Izuddin (Pak Yang) 15.09.1981

Jul 7, 2009

Majlis naik buai

Salam...

5 julai yang lepas... keluarga kami telah mengadakan Majlis naik buai untuk baby-baby yang lahir dalam keluarga kami tahun nie.. memang meriah... 4 baby naik buai sekali... penuh rumah dengan buai jer...

pagi tu ada majlis naik buai dan marhaban... selepas selesai tu... tengahhari ada kenduri tahlil dan kesyukuran skali... kakak buat Aqeqah...kambing sekor...

Baby yang naik buai ari tu ...
1. Nor Airis Qistina
2. Nor adilla
3. Ridzuan Farish
4. Nor hana Farzana

Maser kenduri tu... yang ada bawa buah-buahan dari rumah ayah mertuanya kat kuala kangsar... banyak betul... ada rambutan, dokong, dan durian... memang makan buah sampai tak larat ler...

Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar... Insya-Allah ada masa nanti nyah masukkan gambar-gambar majlis naik buai tu....

Jun 21, 2009

Munirah & Universiti

Tahniah buat adikanda kami Munirah Binti Mat Zain yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Teruskan usaha hingga mencapai apa yang di cita. Insya-Allah seluruh keluarga akan mendoakan kejayaan Nirah di sana nanti.

Sememangnya untuk mencapai cita-cita, memerlukan pengorbanan. Berjauhan dari keluarga juga merupakan satu cabaran dalam menuntut Ilmu. teruskan usaha. Insya-Allah, hasilnya akan menjelma.

Nor Hana dah kena cukur

Minggu lepas pegi jengukkakak kat Changkat lada. Sambil tu nak pegi Majlis pertunangan Chiah, anak wan cu kat kg bandar Tua.

Nia dia Nurhana Farzana setelah dicukur oleh makcik bidan yang urut kakak masa dalam pantang...


sebelum di cukur...


Selepas dicukur...

Jun 9, 2009

NORHANA FARZANA BINTI FAROUQ EFFANDI




Alhamdulillah... kak Linda selamat melahirkan baby perempuan pada 1 jun 2009.

Nama : Norhana Farzana binti Farouq Effandi
Tarikh lahir : 1 Jun 2009
Tempat lahir : Hospital Putrajaya
Masa kelahiran : 9.30 Pg
IC : 090601-10-xxxx

Semoga kehadiran Farzana akan menyerikan keluarga kita semua.

May 26, 2009

Koleksi gambar keluarga Abang Nasrul & Nora


Nora, Iqbal & Nabila... di kediaman mereka di Cameron Highland



Berada di tempat kerja... Jabatan pertanian Cameron Highland.


Bersama Kereta kesayangan...

NOR AIRIS QISTINA BINTI NASRUL MUHAIMIN

Baru dapat gambar... ini dia Qistina...

Disamping papa tersayang...
Abang Iqbal & Kakak Nabila

Rupa siapa agaknya yer???

May 18, 2009

Doakan Kakak...

Assalamualaikum...

Semalam dapat meseg dari kakak, kakak bagitau kakak dah dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Selepas peperiksaan, doktor kata uri kat bawah... tahap 3. Jadi akak kena duduk kat hospital sehingga bersalin... ini untuk mengelakkan sebarang kompilasi semasa nak bersalin nanti.

Insya-Allah kalau tak der aper halangan, akak akan bersalin secara operation pada 1 Jun nanti.

Sesamalah kita semua doakan akak dan baby selamat melahirkan anak nanti... Amin

May 11, 2009

Gambar Ridzuan Farish

Sayang mama...
Sayang ayah...
Tidurlah wahai Ridzuan Farish...
Smile...

May 5, 2009

Ridzuan Farish B. Izuddin Darul ridzuan

Tahniah kepada Yang dan Eida kerana telah dikurniakan baby lelaki. Hari baby putera itu telah dikurniakan dengan nama

Ridzuan Farish Bin Izuddin Darul Ridzuan.

Panjang juga nama tu... Insya-Allah ada kelapangan kami sekeluarga akan datang melawat... Nanti boleh masukkan gambar dalam blog nie...

Kepada yang.. Dah jadi ayah nie tanggungjawab dah makin besar... jadi, tunaikanlah tanggungjawab dengan sempurna sebagai kutua keluarga...

May 4, 2009

Izuddin dah jadi ayah...

Kelahiran cucu ke 3 tahun 2009.

Tahniah kepada yang dan mak yang (izuddin & Eida) kerana telah menerima kelahiran cahaya mata sulong pada malam semalam. Semoga kelahiran baby tu menambah kebahagiaan dalam rumahtangga.

Nama : belum lagi... (putera)
Tarikh lahir : 4 Mei 2009
Tempat lahir : Hospital Kuala Kangsar
Masa kelahiran : sekitar 3 pagi...
IC : 090504-08-xxxx

Insya-Allah nanti dah ada nama dengan gambar, bolehler nyah masukkan dalam blog nie...

May 3, 2009

Selamat Hari Ibu buat UMI

SELAMAT HARI IBU
(Untuk renungan anak-anak umi)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada......
.....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Apr 28, 2009

Yeop @ China

Assalamualaikum...

Minggu lepas Yeop telah melancong ke negara China, amboi... berjalan sakan yer... Bulan lepas pegi Sabah, minggu nie pegi China pulak... aper la agaknya ole-ole untuk adik-adik semua..

Insya-Allah kalau dapat gambar dari yeop nanti boleh masukkan dalam blog nie... untuk tatapan kaum keluarga...

Apr 18, 2009

Jemputan Majlis perkahwinan

Assalamualaikum...

Semua ahli keluarga di jemput hadir ke Majlis perkahwinan Nor Azman B. Shamsuddin @ Boy PJ pada 26 April (Sabtu) di rumahnya di Taman Melur Teluk Intan. Kehadiran semua amat dialu-alukan. Jemputan dari keluarga Wan Uda & Abang Min

Apr 11, 2009

Selamat hari Lahir...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Ucapan Selamat hari Lahir nie ditujukan buat;

ATon : 23 April
Munirah : 14 May
Yeop Rizal : 23 May

semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... Insya-Alaah. Dengan bertambahnya umur... tambahkanlah juga ilmu dan amal sebagai bekalan untuk kita semua...

Nur Airis Qistina Bt. Nasrul Muhaimin

Alhamdulillah... puteri kedua Abang Nasrul dah dapat namanyer...

Puteri Airis Qistina Binti Nasrul Muhaimin... Panjangnyer nama... biasa ler... La nie nama untuk baby tak macam dulu... kekadang sepatahperkataan jer namanya...

Sedap nama nie.... mana dapat idea agaknya yer Nasrul... Anyway... semoga baby Qistina sihat walafiat menghadapi alam dunia... Insya-Allah

Buat pelawat semua... sorry sebab tak dapat masukkan gambar Qistina... Insya-Allah, ada nanti boleh kita kongsi sesama...

* la nie menanti puteri @ putera yang bakal lahir... baby yang ngan mak yang.

Mar 26, 2009

Rombongan ke kuala

Ahad lepas Nyah sekeluarga bersama dengan Yeop, umi dan adik-adik pergi ke Kuala kangsar untuk menghadiri Majlis perkahwinan Adik Eida (Mak yang) di rumahnya di Kg. Changkat Duku, sauk.

Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 11.30 pagi... Sampai sana dalam pukul 1.15, memang sesuai la tu... makan time. Selesai menjamu selera kami lepak kat rumah pengantin... sembang-sembang... Sempat la melelapkan mata sekejap...

Pukul 3.30 selepas solat zohor kami berangkat pulang ke Changkat Lada... sampai lebih kurang pukul 5.00.

* Tak sempat nak masukkan gambar... nanti ada masa masukkan... Cau cin cau....

Cucu ke- 5 tahun 2009

Episod sebelum nie ada dikeluarkan bahawa tahun nie Insya-Allah Keluarga Mat Zain akan menerima 4 cucu baru...

Alhamdulillah, Dua cucu dah selamat dilahirkan... Adilla (baby aton) dan baby girl- belum dapat nama lagi (baby Nasrul)

Akan datang Insya-Allah, dalam bulan 4 nanti Baby Yang ngan Eida, lepas tu bulan 6 nanti baby Kakak ngan Abg Farouq pulak...

Barita terbaru... Jika Ada Rezeki dan di izinkan Ilahi, Insya- Allah, Kak Nyah (Linda) akan melahirkan baby pada bulan November nie...

Semuanya adalah ketentuan Ilahi... siapa sangka keluarga kami akan menerima 5 baby pada tahun 2009 nie... Walaubagaimana pun, doakanlah semoga keluarga kami semua akan menerima baby dengan selamat... Insya-Allah.

* Ya Allah... berikanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada keluarga kami dunia dan akhirat... Amin

Mar 23, 2009

Puteri ke-2 tahun 2009

Salam...

Alhamdulillah... puteri kedua yang lahir pada tahun 2009 dalam keluarga kami adalah anak kepada abang Nasrul & Nora...

Puteri mereka selamat dilahirkan pada 23 Mac 2009 jam 0400 pagi... di Cameron Highland. Semoga bonda dan anakanda sihat sejahtera...

Nampaknya Iqbal dan Nabila dah ada adik baru...jangqan nakal-nakal tau...

Buat masa nie tak sempat lagi adik-beradik yang lain nak melawat.. Insya-Allah kalau dah balik Kg. Gajah nanti kami datang...

Nama : Belum tau lagi....
Tarikh lahir : 23 mac 2009
Tempat Lahir : Cameron Highland, Pahang
Berat masa lahir : ....

Tunggu laporan selanjutnya.....

* Boleh sambut hari lahir bersama dengan Mak Yang (Eida) sebab sama tarikh lahirnya...

Mar 11, 2009

Wedding Anniversaries

zwani.com myspace graphic comments

Dikesempatan ini Nyah nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat

Izuddin & Eida (first wedding anniversaries)09 March
Kakak Linda & Abang Farouq (third wedding anniversaries)12 March

Semoga hubungan yang terjalin akan lebih bahagia dengan kehadiran baby-baby yang akan dilahirkan tak lama lagi...

Adik-beradik semua mendoakan semoga ikatan kekeluargaan kita akan lebih erat dan kuathingga ke akhir nafas...

Mar 10, 2009

STPM dah keluar...

Assalamualaikum

Firstly Tahniah buat Munirah adikanda kami.... Result STPM dah keluar... keputusannya agak baik juga...

Petang tadi Nyah call nirah... tanya pasal resultnyer... emm dapat 4B 1C+ katanya, c+ tu subjek pengajian am, yang lain lain tu ada Pengajian Melayu, Sastera, emm... aper lagi yer... alamak tak ingat lak... Nyah pun tak berapa paham sesangat camner nak baca result STPM nie... takder pengalaman... kalo SPM tu tau la juga nak baca result nyer...

Anyway... buat Nirah... tahniah... teruskan usaha... Jangan luper... Apply aper-aper jer peluang yang ada... Insya-Allah, maner yang nyah ngan abang2 & kakak boleh tolong kami tolong...

Selamat Maju Jaya... *Doa...Usaha...Ikhtiar...Tawakkal... (DUIT)