May 26, 2009

Koleksi gambar keluarga Abang Nasrul & Nora


Nora, Iqbal & Nabila... di kediaman mereka di Cameron Highland



Berada di tempat kerja... Jabatan pertanian Cameron Highland.


Bersama Kereta kesayangan...

NOR AIRIS QISTINA BINTI NASRUL MUHAIMIN

Baru dapat gambar... ini dia Qistina...

Disamping papa tersayang...
Abang Iqbal & Kakak Nabila

Rupa siapa agaknya yer???

May 18, 2009

Doakan Kakak...

Assalamualaikum...

Semalam dapat meseg dari kakak, kakak bagitau kakak dah dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Selepas peperiksaan, doktor kata uri kat bawah... tahap 3. Jadi akak kena duduk kat hospital sehingga bersalin... ini untuk mengelakkan sebarang kompilasi semasa nak bersalin nanti.

Insya-Allah kalau tak der aper halangan, akak akan bersalin secara operation pada 1 Jun nanti.

Sesamalah kita semua doakan akak dan baby selamat melahirkan anak nanti... Amin

May 11, 2009

Gambar Ridzuan Farish

Sayang mama...
Sayang ayah...
Tidurlah wahai Ridzuan Farish...
Smile...

May 5, 2009

Ridzuan Farish B. Izuddin Darul ridzuan

Tahniah kepada Yang dan Eida kerana telah dikurniakan baby lelaki. Hari baby putera itu telah dikurniakan dengan nama

Ridzuan Farish Bin Izuddin Darul Ridzuan.

Panjang juga nama tu... Insya-Allah ada kelapangan kami sekeluarga akan datang melawat... Nanti boleh masukkan gambar dalam blog nie...

Kepada yang.. Dah jadi ayah nie tanggungjawab dah makin besar... jadi, tunaikanlah tanggungjawab dengan sempurna sebagai kutua keluarga...

May 4, 2009

Izuddin dah jadi ayah...

Kelahiran cucu ke 3 tahun 2009.

Tahniah kepada yang dan mak yang (izuddin & Eida) kerana telah menerima kelahiran cahaya mata sulong pada malam semalam. Semoga kelahiran baby tu menambah kebahagiaan dalam rumahtangga.

Nama : belum lagi... (putera)
Tarikh lahir : 4 Mei 2009
Tempat lahir : Hospital Kuala Kangsar
Masa kelahiran : sekitar 3 pagi...
IC : 090504-08-xxxx

Insya-Allah nanti dah ada nama dengan gambar, bolehler nyah masukkan dalam blog nie...

May 3, 2009

Selamat Hari Ibu buat UMI

SELAMAT HARI IBU
(Untuk renungan anak-anak umi)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada......
.....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.