Jul 23, 2009

Haslinza ke Politeknik Shah Alam

Alhamdulillah...

Dengan izin-Nya, Haslin akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Haslin ditawarkan Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perubatan) selama tiga tahun.

Semoga Haslin gunakan peluang yang diberikan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan Usaha hingga berjaya. Insya-Allah seluruh keluarga akan mendoakan kejayaan Haslin...

Jul 10, 2009

Selamat Hari Lahir Julai to Sept

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Selamat menyambut hari lahir yang ke ... buat semua ahli keluarga kami. Semoga akan bertambah rezeki yang diberkati Ilahi buat semua... Jangan lupa pada Yang Maha Esa... Banyakkan amal ibadat... Insya-Allah Hidup kita akan diberkati.

Julai - September

Nabila 03.07.2005
Balqis 05.07.2003
Fadzli (Pak Ngah) 23.07.1979
Iqbal 16.08.2001
Izuddin (Pak Yang) 15.09.1981

Jul 7, 2009

Majlis naik buai

Salam...

5 julai yang lepas... keluarga kami telah mengadakan Majlis naik buai untuk baby-baby yang lahir dalam keluarga kami tahun nie.. memang meriah... 4 baby naik buai sekali... penuh rumah dengan buai jer...

pagi tu ada majlis naik buai dan marhaban... selepas selesai tu... tengahhari ada kenduri tahlil dan kesyukuran skali... kakak buat Aqeqah...kambing sekor...

Baby yang naik buai ari tu ...
1. Nor Airis Qistina
2. Nor adilla
3. Ridzuan Farish
4. Nor hana Farzana

Maser kenduri tu... yang ada bawa buah-buahan dari rumah ayah mertuanya kat kuala kangsar... banyak betul... ada rambutan, dokong, dan durian... memang makan buah sampai tak larat ler...

Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar... Insya-Allah ada masa nanti nyah masukkan gambar-gambar majlis naik buai tu....