Jul 7, 2009

Majlis naik buai

Salam...

5 julai yang lepas... keluarga kami telah mengadakan Majlis naik buai untuk baby-baby yang lahir dalam keluarga kami tahun nie.. memang meriah... 4 baby naik buai sekali... penuh rumah dengan buai jer...

pagi tu ada majlis naik buai dan marhaban... selepas selesai tu... tengahhari ada kenduri tahlil dan kesyukuran skali... kakak buat Aqeqah...kambing sekor...

Baby yang naik buai ari tu ...
1. Nor Airis Qistina
2. Nor adilla
3. Ridzuan Farish
4. Nor hana Farzana

Maser kenduri tu... yang ada bawa buah-buahan dari rumah ayah mertuanya kat kuala kangsar... banyak betul... ada rambutan, dokong, dan durian... memang makan buah sampai tak larat ler...

Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar... Insya-Allah ada masa nanti nyah masukkan gambar-gambar majlis naik buai tu....

No comments: